Carita di Zoo Negara
Bila sebut Zoo aje, mesti terlintas difikiran kita semua tentang haiwan dan tumbuhan. Dan pengunjung yang datang 'bertandang' ke sana adalah orang yang ber'family'. Tp tahukah kita bukan saja yang ber'family' berkunjung ke sana, yang bakal berkeluarga pon ade ke sana jgak, mereka yg tengah 'hot' ber'couple' pon ade. Kanak-kanak beriang-ria bila melihat gelagat haiwan2 dikandang dan tak kurang juga yg ketakutan. Gajah dengan caranya, zirafah pon dengan caranya dan harimau dengan 'ganas'nya. Ramai yang terhibur dengan gelagat2 haiwan di zoo.

Itulah pengalaman pertama kalinya aku bekerja sambilan di zoo negara yang terletak di ulu kelang. Gelagat orang rmai juga dapat aku lihat semasa aku memeriksa tiket untuk masuk. Ade yang tahu, ade yg buat2 taktahu dan rmai jgak yang tahu untuk pkai tag tiket untuk masuk. Tugas aku, selain periksa tiket, tolong pakaikan tag kat tangan dan juga wat promoting utk customer yg datang. Harga tiket pulak aku tidak berapa pasti berapa harganya, tp mengikut apa yang aku tahu samar2, harga bagi dewasa=rm20per sorang, kanak2=rm6 per sorang..

Walaupon keje agaknya agak kepenatan sedikit, aku happy dengan keje sambilan ni. Alasannya dpt tgk bermacam2 ragam org expecially pak arab. Ha, untuk pengetahuan korang jgak, majoriti 'foreigners' yg dtg ke zoo negara adalah warga daripada arab. Ini mungkin kerana tempat diorang yang bercuaca kering, yang ade cuma unta kebnyakkannya..

Disini hanya ade beberapa gmbar dari internet yg boleh aku tunjukkan sbb aku xsempat nk snap. Ni dia antara gmbar2 di zoo negara..



adios....

p/s: next time, aku cuba snap2 beberape keping unt. tatapan smua. Cewah.. haha..

Aku Terima Nikahnya.....

"Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma 'Mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat empunya diri?" bakal ibu mentua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya 'Emak'.

"Belum, Mak,"saya menjawab sambil senyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan bakal doktor juga amat terkejut.

"Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?"

Begitulah antara dialog yang ditulis oleh penulis buku bacaan terbaru aku baca iaitu buku "AKU TERIMA NIKAHNYA..

Buku ini merupakan rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah keluarga. Segalanyanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Penulis juga mempunyai moto yang pernuh nilai, "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

Seronok baca buku ni kerana ia bukan sahaja untuk mereka yang bakal berkahwin tetapi sesuai jgak kepada mereka yang masih mencari.. untuk pengetahuan smua buku ini terdapat dalam tiga buah buku dan juga dalam 1 buah buku yang merangkumi ketiga2 buku diatas.. Dibawah ini merupakan salah satu daripadanya:-



Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan dan sms???

p/s: sy sarangkan kepada semua agar baca buku ni.. terbaik!
Cite kelakar time sekolah2 dulu


Hari ni aku tetiba je teringat zaman sekolah dulu2 stelah aku trbaca satu blog tu... Aku pon tergelak bila ingat time tu. huhu ~~ Budak-budak yg lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu2:- kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita. Hari ni diorang bagi list, esok mintak duit ngan mak ayah nak beli buku cerita walaupon cerita tu dh tau.

Kalo kat library pulak, budak2 mmg rajin baca buku tapi bukan baco pon cuma tgk2 gambar jer. Bila ade program Nilam semua sibok nak pinjam buku.. Kalo program RMT pulok makann x berape best, tp ramai je yang makan sampai xcukup makanan. Yang kayo pon join jgak..

Pastu pensel box pakai yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 dia. Yang bestnya main lawan2 pemadam, nk guna unt padam sayang takut cepat hbs. Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.

Bulu ayam jd ramping kerann sering di jadikan rotan. Time pendidikan seni, lukis semua boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade jgak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boleh tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan dekat tV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni.kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite yg permanent.huhu~
Rahsia Anak yang pintar


Salam Semua,

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga tersayang.

Bagaimana pula dengan anak-anak? Jika mereka sihat dan ceria selalu, sudah tentu senang hati kita melihatnya.


Ini adalah gambar hiasan


Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?


Ini adalah gambar hiasan


Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya terjumpa satu laman web berikut http://www.rahsiaanakpintar.com/index.php?ref=ulanz

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk [Rahsia Anak Pintar-link affiliate]. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik Sini untuk membaca sendiri perkongsian pengalaman dari penulis.

Daripada
Arizan Abdullah;

Jika Dan Ketika..

Sahabatku, ini adalah tulisan mu beberapa tahun yang sudah, Mungkin perlu di hayati kembali:

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia sia..
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..
Allah sedang menunggu bersama samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..
Allah senantiasa berada disampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah mempunyai jawabannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba tiba kau dapat melihat jejak jejak harapan..
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah.. dimana pun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu..

p/s: Di ambil daripada nukilan bekas pensayarah aku

Kisah yang berpengajaran

Hello..helloo... erm lama jgak aku xberkongsi cerita dengan smua. Tp bukan cerita pasal aku, cerita yang aku petik dr iluvislam. Cite ni ade penganjarannya. Jangan risau, cerita ni xde kaitan dengan sape2.. So, kalo nk tau ape pengajaran yang kita blh dpt dari cite ni, teruskan membaca. Di bawah ni cite nya, Roger...

Ilmu Ikhlas..


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Handphone anda ori???

Cara nk check sama ada talipon bimbit anda ori ataupun tidak

Sudah lama aku tidak mengepos info disini.. Kali ni aku nk kongsi bersama dengan korang semua pasal talipon bimbit. Aku pasti ramai yang tak tahu cara untuk memastikan yang talipon yang di beli itu ori. Aku pun xtau.. kah3... hahaha.. hohoho... Just kidding.. kui3..


Disini cara nya:-

langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menaip *#06#

Kemudian, talipon anda akan memaparkan no serial/imei seperti contoh ini 351532001068078. kalo xkuar ni, korang campak je talipon tu kat dalam beg aku. hahaha.. boleh aku pakai. kui3..

Lepas tu, korang tgk digit yang ke-7 and ke-8 dalam no siri tu. Kalo digit tu 00, seperti no siri diatas, makna alhamdulillah anda tidak kena tipu dengan org kedai.

Kalo selain daripada tu seperti:

02 atau 20 maknanya talipon tu dipasang di china dan low kualiti(xbagus).
08 atau 80 - buatan germany dan kualiti dia boleh laaaa... (fair quality)
01 atau 10 - buatan finland. Kualiti dia very good. Hurray....
00 - best kualiti(original mobile)
13 - dipasang di Azerbaijan. bad kualiti dan merbahayakan kesihatan. So, buang jauh2 talipon ni kalo 13.

itu saja yang aku nk kongsi buat kali ni. Kalo xnak percaya xper.. aku xkisah pn. hahahaha...

p/s: Dulu aku pernah kena tipu sbb xtau pasal kod ni. Skrg jgn harap nk tipu lg.. hahahaha(gelak gumbira)...