Aku Terima Nikahnya.....

"Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma 'Mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat empunya diri?" bakal ibu mentua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya 'Emak'.

"Belum, Mak,"saya menjawab sambil senyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan bakal doktor juga amat terkejut.

"Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?"

Begitulah antara dialog yang ditulis oleh penulis buku bacaan terbaru aku baca iaitu buku "AKU TERIMA NIKAHNYA..

Buku ini merupakan rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah keluarga. Segalanyanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Penulis juga mempunyai moto yang pernuh nilai, "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

Seronok baca buku ni kerana ia bukan sahaja untuk mereka yang bakal berkahwin tetapi sesuai jgak kepada mereka yang masih mencari.. untuk pengetahuan smua buku ini terdapat dalam tiga buah buku dan juga dalam 1 buah buku yang merangkumi ketiga2 buku diatas.. Dibawah ini merupakan salah satu daripadanya:-



Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan dan sms???

p/s: sy sarangkan kepada semua agar baca buku ni.. terbaik!

0 comments:

Post a Comment