Jumlah Air yang Diperlukan bagi badan

Nak tahu berapa liter air diperlukan mengikut keperluan berat badan?

Nak tahu berapa jumlah air yang perlu anda minum sehari??? Mudah sahaja nak buat kira-kira ni...baca lagi kat bawah ni ek...:)
1 liter air adalah keperluan yang diperlukan setiap 25kg berat badan.  
Ini maknanya jika berat badan anda 75kg; jadi jumlah air kosong yang perlu anda minum sehari  ialah 75kg÷25kg = 3 liter.

Wahh banyaknya nak kena minum!  Bukan ke nanti kerap ke tandas pula bila minum banyak ni?  Aha..Ada cara minum yang betul supaya air yang diperlukan oleh badan kita mencukupi dan diserap badan serta memberi manfaat kepada tubuh kita.  

Mula-mula mungkin agak sukar, tak biasa, asyik terlupa nak minum dan sebagainya. Lama kelamaan pasti anda akan biasa dan selesa dengan rutin baru ni.
  • Pastikan botol air yang berisi air kosong sentiasa hampir dengan kita. Bila dah depan mata jer, mesti teringin nak minum
  • minum setiap 15 minit sekurang2nya 2-3 teguk air...sikit2 lama2 jadi bukit.
  • Positifkan minda minum air kosong untuk kesihatan. Jangan asik fikir tak sedap jer...sy pun tak tau tang mana yang dikatakan tak sedap. Pada sy, minum air kosong lagi puas rasa tekak. 
  • Dapat mengawal suhu badan 
  • Supaya organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
  • Membantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh dengan lebih mudah.
  • Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh 
  • Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi. Secara tidak langsung berupaya menghindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.


Oh ya, jumlah 3 liter tu adalah jumlah AIR KOSONG sahaja. Ada yang panggil air putih. Tak kisah ler aper pun gelarannya. Yang pasti bukan termasuk teh, kopi, jus dan sebagainya. 

Kenapa kita perlu minum air kosong?    
  Nak tau kenapa...sebab fungsi air kosong adalah:
  • Dapat mengawal suhu badan 
  • Supaya organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
  • Membantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh dengan lebih mudah.
  • Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh 
  • Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi. Secara tidak langsung berupaya menghindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
Jom minum air kosong..... :-)

Majalah Solusi 61 - Hatimu mana satu?


Solusi kali ini cuba sedaya upaya mengingat kembali apa yang ditegaskan oleh Allah tentang perlunya membersih dan merawat hati.

"Bahagialah mereka yang membersihkan hatinya dan celakalah bagi mereka yang mengotorinya." (Surah al-Shams 91: 8-9).

Majalah Solusi
MAJALAH SOLUSI 61

FACEBOOK: https://www.facebook.com/fitrah.bookstore

BLOG FitrahBookstore:
http://fitrahbookstore.blogspot.com/2013/10/majalah-solusi-61-hatimu-mana-satu.html 

Berminat??? Untuk pembelian online melalui http://www.stormreaders.net/arizanabdullah 


atau call 012-3496135 untuk tempahan

FREE GIFT untuk setiap pembelian!!!

Harga bagi setiap satu adalah RM10 pos: rm3 (pos biasa), rm7 (pos laju)
Carita di Zoo Negara
Bila sebut Zoo aje, mesti terlintas difikiran kita semua tentang haiwan dan tumbuhan. Dan pengunjung yang datang 'bertandang' ke sana adalah orang yang ber'family'. Tp tahukah kita bukan saja yang ber'family' berkunjung ke sana, yang bakal berkeluarga pon ade ke sana jgak, mereka yg tengah 'hot' ber'couple' pon ade. Kanak-kanak beriang-ria bila melihat gelagat haiwan2 dikandang dan tak kurang juga yg ketakutan. Gajah dengan caranya, zirafah pon dengan caranya dan harimau dengan 'ganas'nya. Ramai yang terhibur dengan gelagat2 haiwan di zoo.

Itulah pengalaman pertama kalinya aku bekerja sambilan di zoo negara yang terletak di ulu kelang. Gelagat orang rmai juga dapat aku lihat semasa aku memeriksa tiket untuk masuk. Ade yang tahu, ade yg buat2 taktahu dan rmai jgak yang tahu untuk pkai tag tiket untuk masuk. Tugas aku, selain periksa tiket, tolong pakaikan tag kat tangan dan juga wat promoting utk customer yg datang. Harga tiket pulak aku tidak berapa pasti berapa harganya, tp mengikut apa yang aku tahu samar2, harga bagi dewasa=rm20per sorang, kanak2=rm6 per sorang..

Walaupon keje agaknya agak kepenatan sedikit, aku happy dengan keje sambilan ni. Alasannya dpt tgk bermacam2 ragam org expecially pak arab. Ha, untuk pengetahuan korang jgak, majoriti 'foreigners' yg dtg ke zoo negara adalah warga daripada arab. Ini mungkin kerana tempat diorang yang bercuaca kering, yang ade cuma unta kebnyakkannya..

Disini hanya ade beberapa gmbar dari internet yg boleh aku tunjukkan sbb aku xsempat nk snap. Ni dia antara gmbar2 di zoo negara..



adios....

p/s: next time, aku cuba snap2 beberape keping unt. tatapan smua. Cewah.. haha..

Aku Terima Nikahnya.....

"Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma 'Mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat empunya diri?" bakal ibu mentua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya 'Emak'.

"Belum, Mak,"saya menjawab sambil senyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan bakal doktor juga amat terkejut.

"Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?"

Begitulah antara dialog yang ditulis oleh penulis buku bacaan terbaru aku baca iaitu buku "AKU TERIMA NIKAHNYA..

Buku ini merupakan rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah keluarga. Segalanyanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Penulis juga mempunyai moto yang pernuh nilai, "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

Seronok baca buku ni kerana ia bukan sahaja untuk mereka yang bakal berkahwin tetapi sesuai jgak kepada mereka yang masih mencari.. untuk pengetahuan smua buku ini terdapat dalam tiga buah buku dan juga dalam 1 buah buku yang merangkumi ketiga2 buku diatas.. Dibawah ini merupakan salah satu daripadanya:-



Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan dan sms???

p/s: sy sarangkan kepada semua agar baca buku ni.. terbaik!
Cite kelakar time sekolah2 dulu


Hari ni aku tetiba je teringat zaman sekolah dulu2 stelah aku trbaca satu blog tu... Aku pon tergelak bila ingat time tu. huhu ~~ Budak-budak yg lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu2:- kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita. Hari ni diorang bagi list, esok mintak duit ngan mak ayah nak beli buku cerita walaupon cerita tu dh tau.

Kalo kat library pulak, budak2 mmg rajin baca buku tapi bukan baco pon cuma tgk2 gambar jer. Bila ade program Nilam semua sibok nak pinjam buku.. Kalo program RMT pulok makann x berape best, tp ramai je yang makan sampai xcukup makanan. Yang kayo pon join jgak..

Pastu pensel box pakai yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 dia. Yang bestnya main lawan2 pemadam, nk guna unt padam sayang takut cepat hbs. Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.

Bulu ayam jd ramping kerann sering di jadikan rotan. Time pendidikan seni, lukis semua boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade jgak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boleh tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan dekat tV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni.kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite yg permanent.huhu~
Rahsia Anak yang pintar


Salam Semua,

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga tersayang.

Bagaimana pula dengan anak-anak? Jika mereka sihat dan ceria selalu, sudah tentu senang hati kita melihatnya.


Ini adalah gambar hiasan


Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?


Ini adalah gambar hiasan


Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya terjumpa satu laman web berikut http://www.rahsiaanakpintar.com/index.php?ref=ulanz

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk [Rahsia Anak Pintar-link affiliate]. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik Sini untuk membaca sendiri perkongsian pengalaman dari penulis.

Daripada
Arizan Abdullah;

Jika Dan Ketika..

Sahabatku, ini adalah tulisan mu beberapa tahun yang sudah, Mungkin perlu di hayati kembali:

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia sia..
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..
Allah sedang menunggu bersama samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..
Allah senantiasa berada disampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah mempunyai jawabannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba tiba kau dapat melihat jejak jejak harapan..
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah.. dimana pun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu..

p/s: Di ambil daripada nukilan bekas pensayarah aku