Nak tahu berapa liter air diperlukan mengikut keperluan berat badan?
Nak tahu berapa jumlah air yang perlu anda minum sehari??? Mudah sahaja nak buat kira-kira ni...baca lagi kat bawah ni ek...:)
1 liter air adalah keperluan yang diperlukan setiap 25kg berat badan.
Wahh banyaknya nak kena minum! Bukan ke nanti kerap ke tandas pula bila minum banyak ni? Aha..Ada cara minum yang betul supaya air yang diperlukan oleh badan kita mencukupi dan diserap badan serta memberi manfaat kepada tubuh kita.
Mula-mula mungkin agak sukar, tak biasa, asyik terlupa nak minum dan sebagainya. Lama kelamaan pasti anda akan biasa dan selesa dengan rutin baru ni.
- Pastikan botol air yang berisi air kosong sentiasa hampir dengan kita. Bila dah depan mata jer, mesti teringin nak minum
- minum setiap 15 minit sekurang2nya 2-3 teguk air...sikit2 lama2 jadi bukit.
- Dapat mengawal suhu badan
- Supaya organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
- Membantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh dengan lebih mudah.
- Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh
- Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi. Secara tidak langsung berupaya menghindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
bukan termasuk teh, kopi, jus dan sebagainya.
Nak tau kenapa...sebab fungsi air kosong adalah:
- Dapat mengawal suhu badan
- Supaya organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
- Membantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh dengan lebih mudah.
- Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh
- Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi. Secara tidak langsung berupaya menghindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
Jom minum air kosong..... :-)