Cite kelakar time sekolah2 dulu


Hari ni aku tetiba je teringat zaman sekolah dulu2 stelah aku trbaca satu blog tu... Aku pon tergelak bila ingat time tu. huhu ~~ Budak-budak yg lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu2:- kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita. Hari ni diorang bagi list, esok mintak duit ngan mak ayah nak beli buku cerita walaupon cerita tu dh tau.

Kalo kat library pulak, budak2 mmg rajin baca buku tapi bukan baco pon cuma tgk2 gambar jer. Bila ade program Nilam semua sibok nak pinjam buku.. Kalo program RMT pulok makann x berape best, tp ramai je yang makan sampai xcukup makanan. Yang kayo pon join jgak..

Pastu pensel box pakai yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 dia. Yang bestnya main lawan2 pemadam, nk guna unt padam sayang takut cepat hbs. Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.

Bulu ayam jd ramping kerann sering di jadikan rotan. Time pendidikan seni, lukis semua boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade jgak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boleh tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan dekat tV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni.kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite yg permanent.huhu~
Rahsia Anak yang pintar


Salam Semua,

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga tersayang.

Bagaimana pula dengan anak-anak? Jika mereka sihat dan ceria selalu, sudah tentu senang hati kita melihatnya.


Ini adalah gambar hiasan


Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?


Ini adalah gambar hiasan


Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya terjumpa satu laman web berikut http://www.rahsiaanakpintar.com/index.php?ref=ulanz

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk [Rahsia Anak Pintar-link affiliate]. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik Sini untuk membaca sendiri perkongsian pengalaman dari penulis.

Daripada
Arizan Abdullah;

Jika Dan Ketika..

Sahabatku, ini adalah tulisan mu beberapa tahun yang sudah, Mungkin perlu di hayati kembali:

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia sia..
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..
Allah sedang menunggu bersama samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..
Allah senantiasa berada disampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah mempunyai jawabannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba tiba kau dapat melihat jejak jejak harapan..
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah.. dimana pun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu..

p/s: Di ambil daripada nukilan bekas pensayarah aku