:: Kisah Cinta... Kisah Perkahwinan... ::

Assalamualaikum.. ari ni aku meng'update' lagi blog aku ni.. Aku ada benda untuk dikongsi kepada semua. Bahan ni aku ambik daripada blog member aku.(copy bahan org ajer aku ni. hehehe). Bagi aku bahan ni agak menarik dan boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. hahahaha.

Cite ni adalah mengisahkan tentang cinta dan perkahwinan..



Begini ceritanya.:-

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana . berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

kredit kepada Mas Kahwin Yang Hilang

Puasa..

Selamat berpuasa semua.. Hari ni merupakan hari ke3 kita smua berpuasa. Erm.. banyak cabaran yang kita hadapi dibulan ramadhan yang mulia ini. Cabaran paling dirasai adalah menahan lapar dan dahaga.



Walaupun begitu, bulan puasa adalah bulan yang menggembirakan. Bukan apa, sbb bulan ramadhan ni mcm2 kita blh makan. hehehe. Banyak makanan yang kita x pernah jumpa dibulan lain, dapat kita jumpa di bulan ni..

Makan-makan jgak.. terawih janganlah lupa. Di bulan yang mulia ni banyak yang kita boleh lakukan bg memperbetulkan diri kita.

Disini jugak aku nak bagi software untuk remove windows genui kepada sape2 yang telah ter'update' windows nya. Untuk download, tekan link yang disediakan dibawah:-


Remover windows guienui.zip

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

Kisah di sebalik Udang Geragau

Cerita ni aku ambil daripada sebuah blog seorang insan yang baik hati menceritakan kisah disebalik pemprosesan Udang Geragau di Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. Kejadian ynag berlaku adalah sungguh menjijikan dan bagi orang islam mungkin cara pemprosesannya adalah haram untuk di makan.


Udang geragau ni memang sodap dimakan. Kalo letak dalam nasi goreng, ermmm mmg sedap. Nk tau kisah udang ni, sila lawatilah blog seperti link di bawah:

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/