Rahsia Tarikh Lahir

Diambil daripada http://cpintrass.com

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)

Contoh 2:

30 Okt 1964

30 + 10 + 1964 = 2004

2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)

Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:
1-KETULENAN
Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2-PENDAMAI
Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3-CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4-KONSERVATIF
Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5-PERINTIS
Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6-ROMANTIK
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7-INTELEKTUAL
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8-PENYELESAIAN
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9-PELAKON
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Gaji Pertama Kerja


duit_online.jpg

Setelah hampir 2 bulan aku bekerja, akhirnya mendapat habuannya.. Alhamdulillah.. Seronok betul apabila dapat gaji, macam benda aku fikir untuk menggunakan duit tu. Benda yang pertama aku fikir apabila dapat gaji hari tu adalah kedua-dua ibu bapaku dikampung. Sebagai anak, aku mestilah nk berjasa kepada mereka.

Benda lain yang aku fikir adalah untuk membeli broadband. hahaha. bukan untuk saja2 tapi untuk kemudahan aku apabila melakukan kerja. Ada internet ni senang skit nk buat kerja.

gembira betul aku dapat gaji. hehehe. tapi hutang jangan lupa untuk bayar.. Utang PTPTN la, hutang aper lagi.

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat danakan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”

1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

p/s: Renung-renungkanlah...

Kelebihan Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.
BULAN REJAB

Walaupun bulan ini telah berada di penghujung, marilah sama-sama kita mengambil berkat daripada bulan yang mulia ini..

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p/s : rebutlah peluang dibulan ini :-)

Hari-hari

Hari ini seperti biasa aku memulakan kerja dengan menekan butang komputer untuk 'on'. hehehe. Tugasan yang aku kena buat belum siap lagi.. ahh agak tension. poning kepala kau memikirkan code yang perlu aku masukkan ke dalam website.


walaupun begitu, aku kena tabah dan sabar kerana inilah alam perkerjaan. banyak cabaran yang perlu dihadapi. So, bagi kawan-kawan yang hendak cari kerja, cari lah kerja yang korang rasa betul2 bersesuaian dengan korang. Tapi janganlah terlalu memilih, boleh cuba dulu mana2 kerja dan sekiranya sesuai teruskanlah dengan kerja itu. lagipun tak salah mencuba, sekurang-kurangnya boleh 'mencubit' sedikit pengalaman. hehe.

Oklah geng, have a nice day ~~~ :-)

p/s : sori la sbb ayat skema sikit.. xberapo pandai la nk tulis blog ni. hahaha

Alam Pekerjaan

Erm.. lama betul aku tidak menulis di blog aku ni. Bukan apa cuma sejak akhir-akhir ni aku agak malas sikit nak menulis diblog ni. lagipun aku xberape rajin dalam hal-hal macam ni. hehehe.Walaupapun aku akan cuba untuk menulis dan menceritakan sedikit perkembangan aku selepas tamat belajar hari tu.



Sejak tamat ari tu, aku terus menerus cari kerja supaya aku xjadi pengganggur tp jd pengganggur jagk sebulan lebih. hehehe. Banyak la jugak aku memohon keja, xkira keja ape pun. sana-sini aku pegi cari keja. agak letih la jgak masa cari keja tu, mengeluh pun ade. Tp sekrang alhamdulillah aku berjaya dapat kerja untuk sementara sebelum dapat keja lain.

Keja aku sekrang adalah as RA di fakulti pengurusan UTM. apa yang aku kena buat adalah develop web. hari-hari keja aku adalah pikir untuk buat coding. kadang-kadang tu pening la jgak wat kwja macam ni tp ape boleh aku buat sebab ni keja keja yang aku dapat buat masa ni. syukur je la boleh keja. hehehe..~~.

banyak benda yang aku kena pikir semasa buat keja ni termasuklah kena deal dengan pensyarah org putih.. berbelit-belit lidah aku nk speaking dengan dia. aku pun xtau sama ada dia paham ataupn tidak apa yang aku cakap. Aku hentam je. hahaha. Janji duit masuk n keja mestilah kena jalan. kalo x, xmasuklah duit. hehehe.


sekarang barulah aku tau macam ne jadi seorang pekerja. banyak benda yang perlu dikorbankan untuk mendapat duit. inilah sebahagian pengorbanan untuk mencari kebahagian hidup. cewah ayat, syok sendiri la pulak. hahaha.

oklah, selamat berjuang buat kawan-kawan smua sama ada yang masih belajar ataupun yang telah bekerja dan yang sedang cari kerja.

wish good luck to all of u. hehehe.